Makluman: Senarai Kertas Kerja Penuh PDF Print E-mail

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para peserta dan para pembentang kerta kerja Konferensi Antarabangsa islam Borneo Ke-5. Tarikh Akhir penerimaan kertas kerja penuh telahpun berlalu dan kini telah ditutup. Pihak Urusietia KAIB 5 mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua menghantar kertas kerja untuk dibentangkan di KAIB 5 nanti. Berikut adalah senarai kertas kerja penuh yang kami terima. Senarai Kertas Kerja Penuh

Jika kertas kerja anda tidak dipaparkan dalam senarai, sila hubungi pihak urusetia KAIB 5 untuk tindakan lanjut. Jadual sesi pembentangan akan di keluarkan tidak lama lagi. Selamat berkonferensi !. Terima kasih.

 
Lanjutan Tarikh Penerimaan Abstrak PDF Print E-mail

Memandangkan sambutan yang menggalakan, pihak Urusetia telah melanjutkan tarikh penerimaan abstrak sehingga 10 April 2012. Bagi yang telah menghantar abstrak sebelum ini, sila menghantar kertas kerja penuh sebelum atau pada 30 April 2012 bagi memudahkan urusan pembukuan dibuat.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada urusetia untuk tindakan lanjut.

Email : This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

Atau menghubungi:

  1. Dr. Abdul Razak Abdul Kadir     : +6013 829 7459
  2. Mohd Syahiran Abdul Latif       : +6013 606 0164
  3. Sharifah Anom Omar              : +6019 887 3382
 
KAIB V 2012 Bakal Berlangsung di Brunei Darussalam PDF Print E-mail
Rentetan daripada kejayaan dan sambutan menggalakkan daripada para ilmuan dan ahli akademik pada Konferensi Antarabangsa Islam Borneo kali Ke-IV yang berlangsung di Universitas Mulawarman lalu, kini siri kelima KAIB bakal berlangsung pada 26 hingga 27 Jun 2012. Tuan rumah untuk KAIB 2011 kali ini adalah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) Brunei Darussalam.
 
Tema utama KAIB V kali ini adalah: “Membongkar Rahsia Pendidikan Islam,  Ilmu dan Keagungan Tamadun Islam di Borneo” manakala skop perbahasannya telah diperluaskan meliputi pelbagai bidang kesarjanaan akademik. Pihak penanjur mengharapkan konferensi kali ini akan dapat menarik lebih banyak penyertaan yang bukan hanya dari Borneo dan provinsi Kalimantan, bahkan dari seluruh  negara. Persediaan awal telah siap dijalankan dan kami  amat mengalu-alukan kehadiran para pembentang dan peserta. Selamat datang ke Brunei Darussalam!
 
Sekilas Mengenai Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan PDF Print E-mail
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428. Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama. KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan negara, memenuhi keperluan Negara dan bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.
Read more...
 

Senarai Hotel

Muat Turun Brosur

 

KAIB 2012 Countdown

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo V 26.6.2012 12:00 36 Days

Tarikh Penting



Tarikh berlangsung Konferensi pada : 26-27 Jun 2012


Tarikh akhir penerimaan kertas kerja penuh : 30 April 2012


Tarikh akhir penerimaan abstrak pada : 10 April 2012

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini25
mod_vvisit_counterKelmarin36
mod_vvisit_counterMinggu Ini441
mod_vvisit_counterBulan ini1037
mod_vvisit_counterKeseluruhan11771

Online (20 minit lalu): 1
IP anda: 38.107.179.222
,
Hari ini: May 20, 2012